Nov 27, 2008

KONGRES EKONOMI ISLAM KETIGA-(KEI-3)

Kongres Ekonomi Islam Kedua yang telah berlangsung di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972, belangsung dengan jayanya dan telah menghasilkan resolusi-resolusi penting, sekaligus berupaya membawa perubahan kepada corak pembangunan ekonomi Islam di negara ini.Antara institusi yang ditubuhkan hasil gagasan dan resolusi Kongres tersebut ialah perlunya institusi pengajian tinggi Islam seperti Universiti Islam (Universiti Islam Antarabangsa), institusi kewangan Islam seperti Bank Islam (Bank Islam Malaysia Berhad) dan institusi pembangunan sosioekonomi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
Penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputra yang telah berlangsung sebanyak tiga kali (1965,1969 dan 1992) boleh dianggap sebagai langkah pelengkap dan pengukuhan kepada agenda pembangunan ekonomi dari perspektif Islam di negara ini.
Kongres Ekonomi Islam Ketiga yang bakal dilangsungkan adalah bertujuan untuk menilai kembali resolusi-resolusi kongres yang pertama dan kedua.

0 comments:


Kongres Ekonomi Islam Ketiga yang bertema; "Menggerak Potensi Dan Memperkasa Ekonomi Ummah" akan berlangsung pada 12-15 Januari 2009 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC).

Kertas Kerja Iringan

Pihak Sekretariat KEI-3 memohon penyertaan ahli akademik, professional, pelajar serta orang ramai untuk menghasilkan kertas kerja iringan berdasarkan tajuk-tajuk pembentangan KEI-3. Kertas kerja iringan tersebut bolehlah dihantar ke email : kei3@yapeim.net.my

Maklumat lanjut kertas kerja iringan KEI-3 sila Klik

Hubungi Kami

Sekretariat Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)
Talian: 03-2273 8005
Faks: 03-2273 2593
Email: kei3@yapeim.net.my
Laman Web: www.yapeim.net.my

Taqwim

Pelawat

Terkini

Terkini
Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk, 19/11/2008 bertempat di Dewan Syura, Bangunan JAKIM, Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli akademi, politik dan professional.
Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates