Jan 9, 2009

KEI-3 Gagasan Garap Potensi Ekonomi Ummah

Oleh Hasliza Hassan
Berita Harian, 9 Jan. 2009
ABDUL Malek melihat program KEI-3 yang
berlangsung dari 12 hingga 15 Januari ini di
Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra.

Landasan muhasabah diri tangani masalah serta merancang masa depan gemilang

KONGRES Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) bertemakan 'Menggerak Potensi Memperkasa Ekonomi Ummah' yang berlangsung dari 12 hingga 15 Januari ini di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, amat menarik.

Ia kerana penekanan yang bakal diberi pada persidangan tiga hari anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri itu ialah menggarap semua potensi yang dimiliki ummah dalam pelbagai bentuk untuk maju.

Ketua Pengarah YaPEIM, Dr Abdul Malek Awang Kechil, berkata umat Islam sebenarnya mempunyai potensi dan kekuatan, tetapi tidak diterjemahkan dalam kehidupan menyebabkan mereka hanya menjadi pelopor, bukan juara dalam bidang yang dipelopori.

Katanya, perlu ada usaha memastikan setiap potensi serta kekuatan yang ada pada umat Islam digerakkan ke tahap memberi manfaat besar bukan saja kepada umat Islam, malah seluruh dunia.

"Di sebalik tanggapan negatif yang sering diberi kepada umat Islam, kita perlu akui kebanyakan program berteraskan Islam yang diperkenalkan bukan saja diterima umat Islam, malah diiktiraf bukan Islam. Kita lihat ini sebagai kekuatan ummah.

"Bagaimanapun, kekuatan yang kita ada tidak digali, digarap, digerak dan diterjemahkan dalam kehidupan sebenar termasuk perniagaan.
"Diharap KEI-3 dapat mencetuskan semangat untuk bersepadu menggerak potensi, benda yang kita ada dan maju ke depan," katanya.
Beliau berkata, KEI-3 juga diharap berupaya memberi suntikan baru kepada landskap masa depan pembangunan ekonomi menurut perspektif Islam di negara ini seterusnya memberi lonjakan baru kepada institusi yang berperanan melaksanakan agenda pembangunan ekonomi Islam.
KEI-3 adalah inisiatif YaPEIM untuk meneruskan agenda memperkasa serta memperkukuhkan ekonomi umat Islam supaya dapat digerakkan secara bersatu padu berdasarkan potensi yang dikenal pasti.

Ia juga dilihat sebagai wadah untuk menilai kembali resolusi Kongres Ekonomi Islam Kedua dalam aspek pembangunan ekonomi Islam di negara ini, sekali gus menjadi pelengkap usaha kerajaan menjadikan dasar, perancangan serta program ekonomi selaras kehendak Islam.
KEI-3 dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan majlis penutupnya akan disempurnakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Sebanyak 35 kertas kerja yang dibahagikan kepada sembilan tajuk dibentang pada kongres berkenaan.
Antaranya 'Penerokaan Bidang Ekonomi yang Strategik; Memperkasa Ekonomi Ummah Melalui Pemantapan Jaringan dan Penerokaan Berkesan dalam Pasaran Global' serta 'Memperkasa Institusi Pembangunan Ekonomi dan Penggemblengan Dana Ummah dan Memantapkan Budaya Keusahawanan di Kalangan Generasi Baru'.
Seramai 350 peserta terdiri daripada pemimpin, tokoh pemikir, cendekiawan, ahli korporat, ulama serta wakil pertubuhan bukan kerajaan dijangka hadir. Kongres berkenaan turut dihadiri kira-kira 600 pemerhati.
Menjawab persoalan mengenai tempoh agak lama iaitu 37 tahun untuk menganjurkan KEI-3, Abdul Malek berkata, jarak itu bukan satu masalah kerana vakum yang memisahkan diisi oleh penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera yang turut membahaskan persoalan berkaitan Islam.
Katanya, resolusi dicapai daripada Kongres Ekonomi Bumiputera yang diadakan pada 1965, 1969, 1992 dan terakhir 1999, dianggap pelengkap dan pengukuhan kepada agenda pembangunan ekonomi daripada perspektif Islam di negara ini.
"YaPEIM mencetuskan inisiatif ini kerana kita sentiasa melihat persoalan ummah dan pada masa sama memikir untuk memperkasa ummah.
"KEI-3 antara usaha kita hasil perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Harapan YaPEIM ialah menjadikan perbincangan pada kongres kali ini sebagai momentum baru yang akan menggerakkan potensi ummah.
"Masyarakat dunia sedang mencari potensi sedangkan kita sudah ada, jadi kita tak mahu terlepas peluang ini," katanya.
Beliau berkata, jika KEI-2 diadakan di Kolej Islam Malaya pada 1972 berjaya menghasilkan resolusi penting yang berupaya membawa perubahan kepada corak pembangunan ekonomi Islam di negara ini antaranya penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), institusi kewangan Islam serta YaPEIM sendiri, diharap KEI-3 turut menjadi penggerak kepada pencapaian lebih baik pada masa akan datang.
Abdul Malek berkata, tidak dinafikan bagi menggerak usaha meningkatkan ekonomi ummah bukan mudah kerana cabaran utama adalah menelah apa yang bakal berlaku pada masa depan kerana matlamat KEI-3 bukan saja masa kini tetapi untuk generasi akan datang.
Bagaimanapun, katanya dengan semangat serta kesatuan pemikiran semua pihak yang bakal mengambil peranan, umat Islam mampu menggerakkan potensi serta kekuatan yang dimiliki untuk menghasilkan keputusan diharapkan.
Katanya, KEI-3 adalah landasan untuk ummah bermuhasabah diri melihat status serta potensi yang dicapai serta boleh dipertingkatkan dan pada masa sama memperkasa keutuhan umat bagi menangani persoalan semasa serta era masa depan.
"Memang kita kata dalam empat hari apa yang boleh dibuat, tetapi sekurang-kurangnya kita mendapat satu gagasan daripada misi utama dan YaPEIM akan terus menghulurkan kepakaran serta menyokong usaha daripada kongres ini," katanya.

Jan 1, 2009

Pengenalan KEI-3

Kongres Ekonomi Islam Kedua yang telah berlangsung di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972, berlangsung dengan jayanya dan telah menghasilkan resolusi-resolusi penting, sekaligus berupaya membawa perubahan kepada corak pembangunan ekonomi Islam di negara ini. Antara institusi yang ditubuhkan hasil gagasan dan resolusi Kongres tersebut ialah perlunya institusi pengajian tinggi Islam seperti Universiti Islam (Universiti Islam Antarabangsa), institusi kewangan Islam seperti Bank Islam (Bank Islam Malaysia Berhad) dan institusi pembangunan sosioekonomi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera yang telah berlangsung sebanyak empat kali (1965, 1969, 1992 dan 1999) boleh dianggap sebagai langkah pelengkap dan pengukuhan kepada agenda pembangunan ekonomi dari perspektif Islam di negara ini. Kenyataan ini secara jelas dapat dilihat daripada resolusi-resolusi yang disepakati sempena kongres berkenaan.

Secara makronya Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga (1992) turut membahas dan memutuskan agenda pembangunan ekonomi Islam. Namun begitu terdapat beberapa resolusi khusus yang terkait dengan cadangan pemerkasaan program keislaman di negara ini, seperti yang terkandung dalam Resolusi 30 (nilai Islam dan etika niaga), Resolusi 32 (cara-cara pengutipan zakat), Resolusi 33 (diselaraskan penggunaan Tabung Baitulmal), Resolusi 34 (penerapan nilai-nilai Islam dilaksanakan melalui sekolah dan institusi pengajian tinggi), Resolusi 35 (digemblengkan sepenuhnya semua bentuk institusi Islam (masjid)) dan Resolusi ke 39 (supaya kerajaan menimbangkan pindaan ke atas yang berkenaan untuk membolehkan amaun zakat yang dibayar oleh syarikat-syarikat bumiputera dikecualikan daripada cukai korporat, sepertimana pembayaran zakat individu).

Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga (KEB-3) juga secara khusus turut menyarankan agar Kongres Ekonomi Islam diadakan, seperti yang diputuskan melalui Resolusi ke 37 kongres berkenaan.

Rasional dan Harapan Penganjuran KEI-3

Berasaskan latarbelakang dan perkembangan seperti yang dikemukakan di para 2 di atas, maka secara dasarnya penganjuran KEI-3 ini dijangka akan berupaya memberi suntikan baru kepada lanskap masa depan pembangunan ekonomi menurut perspektif Islam di negara ini. Pada masa yang sama KEI-3 juga dijangka akan membantu memberi lonjakan baru kepada peranan institusi yang terlibat secara khusus dalam memantap dan meningkatkan pelaksanaan agenda ekonomi Islam di negara ini. Pada masa yang sama KEI-3 juga dijangka akan membantu member lonjakan baru kepada peranan institusi yang terlibat secara khusus dalam memantap dan meningkatkan pelaksanaan agenda ekonomi Islam di Negara ini. Penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera yang telah berlangsung sebanyak empat kali boleh dianggap sebagai langkah pelengkap dan pengukuhan kepada agenda pembangunan ekonomi dari perspektif Islam di negara ini. Kenyataan ini secara jelas dapat dilihat daripada resolusi-resolusi yang disepakati sempena kongres berkenaan.

Di antara rasional khusus dan harapan (expectation) daripada penganjuran KEI-3 ini adalah seperti berikut:

a) Penganjuran Kongres Ekonomi Islam Kedua yang telah berlangsung pada tahun 1972, dilihat sebagai berjaya menghasilkan resolusi yang relevan dan realistik. Atas dasar itu, penganjuran Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) akan dilihat sebagai satu kesinambungan yang sangat relevan dan significant.

b) Penganjuran KEI-3 dilihat boleh menjadi wadah untuk menilai kembali Resolusi Kongres Ekonomi Islam Kedua (1972) dan Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga (1992) dan Keempat (1999) berhubung dengan aspek khusus yang terkait dengan Pembangunan Ekonomi Islam di negara ini.

c) Penganjuran KEI-3 wajar dilihat sebagai usaha pemantapan dan pengukuhan agenda seperti yang digariskan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), sekaligus menjadi pelengkap kepada usaha yang berterusan pihak kerajaan bagi menjadikan dasar, perancangan dan program ekonomi negara selaras dengan kehendak Islam.

Langkah ini juga dianggap sangat penting seiring dengan komitmen kerajaan mewujudkan kualiti hidup yang tinggi serta komitmen melahirkan warga negara yang mempunyai sikap dan pemikiran kelas pertama menjelang 2020 (Negara maju 2020).

Penganjur KEI-3

Berdasarkan rasional dan harapan (expectation) seperti yang dikemukakan di para 2 di atas, maka YaPEIM rasa terpanggil untuk menganjur KEI-3 ini. Bagi memastikan kejayaan KEI-3 ini,
adalah dirancangkan KEI-3 ini dianjurkan dan diurusetia secara bersama oleh :-

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

DAN

Majlis Perundingan Islam, JAKIM
Jabatan Perdana Menteri

Objektif Penganjuran KEI-3

  • Sebagai platform untuk menilai pencapaian dan menambahbaik hasil resolusi Kongres Ekonomi Islam Kedua dan Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputera terdahulu yang terkait dengan kepentingan ummah secara umumnya.

  • Sebagai suatu usaha yang serius dalam menggarap semua potensi yang dimiliki ummah dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk dana, hasil penyelidikan mahupun peluang yang boleh dimanfaatkan.

  • Sebagai medium yang sesuai dalam merumuskan ide dan pendekatan baru yang berkesan sebagai usaha memperkasa ekonomi ummah sebagai persiapan dalam menghadapi era baru perkembangan ekonomi.

Perasmian Pembukaan dan Penutupan KEI-3


Majlis Perasmian Pembukaan KEI-3 pada 12 Januari 2009 akan disempurnakan oleh:

YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Manakala Majlis Perasmian Penutup pada 15 Januari 2009 pula akan disempurnakan oleh:


Duli Yang Teramat Mulia,
Raja Muda Perak Darul Ridzuan,
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Penyertaan

Penyertaan KEI-3 akan dibuat berasaskan jemputan khas kepada kepimpinan negara dan semua tokoh pemikir, cendiakawan, ulamak, kepimpinan politik, wartawan, korporat, usahawan, budayawan dan karyawan serta wakil institusi dan badan bukan kerajaan, yang berminat dan berperanan di dalam usaha membangun ekonomi ummah di negara ini dari pelbagai sektor tanpa mengira perbezaan faham politik, latarbelakang sosiobudaya dan etnik. Penyertaan dianggarkan sekitar 350 orang.

Tempat Dan Tarikh

Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) akan berlangsung pada tarikh dan tempat berikut:

Tarikh : 12 hingga 15 Januari 2009

Tempat : Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Dec 18, 2008

Pembentangan Status Paper

KERTAS STATUS 1

"KEDUDUKAN SEMASA EKONOMI DAN SOSIAL UMAT ISLAM DI MALAYSIA"

Pembentang
YBHG. TAN SRI SULAIMAN MAHBOB
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri


KERTAS STATUS 2

"KEDUDUKAN SEMASA KEWANGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA"

Pembentang
YBHG. DATO' MOHAMMAD IBRAHIM
Penolong Gabenor
Bank Negara Malaysia


KERTAS STATUS 3

"KEDUDUKAN SEMASA EKONOMI DAN SOSIAL UMAT ISLAM DI ASEAN"

Pembentang
YBHG. AMB. PUAN NAZIRAH HUSSAIN
Ketua Pengarah
Jabatan ASEAN
Kementerian Luar Negeri

Dec 17, 2008

Iklan Kertas Kerja Iringan KEI-3 di Web MSDA

Terima kasih kepada pihak Malaysian Students' Department in Australia kerana mengiklankan jemputan menulis kertas kerja iringan Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di laman web mereka iaitu http://www.msda.org.au/. Sila lihat iklan.

Pihak sekretariat KEI-3 mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Australia mengambil bahagian dalam penulisan kertas kerja iringan KEI-3 berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dikemukakan.

Terima kasih sekali lagi!

Laporan Berita Online Bernama

Najib Dijangka Sampai Ucaptama Pada Kongres Ekonomi Islam Ketiga

PUTRAJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan ucaptama pada Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) selama empat hari yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur mulai 19 Jan depan (telah dipinda ke tarikh 12-15 Jan. 2009).

Ucaptama itu bertajuk "Menggerak Potensi dan Memperkasa Ekonomi Ummah: Strategi Ke Arah Pembangunan Ummah Yang Gemilang".

Beberapa Menteri Kabinet dan Menteri Besar dijangka turut menyampaikan kertas kerja masing-masing termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang lain ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, penganjuran kongres tersebut amat bertepatan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa ini dan ia bertujuan untuk memperkasakan sistem ekonomi Islam sebagai sistem ekonomi global.

"Penganjuran kongres ini boleh menjadi wadah untuk menilai kembali resolusi Kongres Ekonomi Islam Kedua (1972) dan Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga (1992) berhubung aspek yang berkait dengan pembangunan ekonomi Islam di negara ini.

"Ia juga wajar dilihat sebagai usaha pemantapan dan pengukuhan agenda seperti yang digariskan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera, sekaligus menjadi pelengkap kepada usaha berterusan pihak kerajaan bagi menjadikan dasar, perancangan dan program ekonomi negara selaras dengan kehendak Islam," katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran kongres itu, di sini hari ini.

Mashitah berkata, sebanyak 10 kertas kerja akan dibentangkan oleh 35 pembentang dari dalam dan luar negara dan meliputi pelbagai perspektif seperti kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan universiti.

Mashitah berkata Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-FEST 09) akan turut diadakan sempena kongres itu, di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur dari 22 hingga 25 Jan.

"Festival ini diadakan sebagai platform untuk menyampaikan maklumat termasuk mempromosikan perkhidmatan atau produk syarikat-syarikat terbabit kepada masyarakat.

Ia juga merupakan platform yang sesuai untuk membuat pemadanan sekaligus mewujudkan jaringan perniagaan di kalangan usahawan Muslim dan institusi atau badan yang menawarkan produk dan perkhidmatan usahawan," katanya.-- BERNAMA

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=372959

Kertas Kerja Iringan

Sekretariat Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) telah menghantar surat jemputan kepada dekan-dekan IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia untuk menulis kertas kerja iringan KEI-3. Setakat ini lebih 700 surat dikeluarkan bagi tujuan tersebut termasuk kepada pensyarah-pensyarah fakulti pengajian ekonomi, kewangan, peniagaan, perakaunan, pengurusan dan pengajian Islam.

Setakat ini respon terhadap jemputan tersebut agak menggalakkan dan kita menjangkakan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan penulisan Kertas kerja iringan KEI-3 kepada kami silalah menulis berdasarkan tajuk-tajuk KEI-3 yang telah dikeluarkan dan hantarkan hasil tulisan anda ke e-mail: kei3@yapeim.net.my . Sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat di talian : 03-2273 8005
Maklumat lanjut iklan Kertas kerja iringan KEI-3 Sila Klik

Dec 16, 2008

Pra-Pelancaran

Satu sidang media khas diadakan bagi melaksanakan Pra-pelancaran KEI-3 serta pelancaran Logo KEI-3 dan Festival Ekonomi Islam 2008 (i-Fest '08) yang telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sejurus selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk diadakan di Dewan Bangunan JAKIM, Putrajaya pada 19 November 2008.

YB Senator Dato' Dr. Mshitah Ibrahim memberi penerangan kepada media mengenai Kongres Ekonomi Islam Ketiga dan Festival Ekonomi Islam 2008 (i-Fest '08) yang bakal dilangsungkan.

Penerangan tentang Logo

Sesi soal-jawab dengan media

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk KEI-3

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Kongres Ekonomi Islam Ketiga telah berlangsung buat kali pertama di Dewan Syura Bangunan JAKIM, Putrajaya pada 19 November 2008. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.


Antara yang hadir pada Mesyuarat tersebut adalah tokoh-tokoh negara dalam pelbagai bidang seperti ahli akademik, professional, ahli politik, pihak media dan lain-lain. Perbincangan adalah berkisarkan kepada merealisasikan Kongres Ekonomi Islam Ketiga.

Hasil Kongres Ekonomi Islam

Kongres Ekonomi Islam berjaya menaikkan taraf umat Islam di mata dunia dari pelbagai sudut melalui pengwujudan beberapa institusi. Antara institusi penting lahir hasil daripada Kongres Ekonomi Islam adalah seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)




Aturcara KEI-3

ATURCARA
KONGRES EKONOMI ISLAM KETIGA (KEI-3)

HARI PERTAMA – ISNIN (PERASMIAN)

15 MUHARRAM 1430H / 12 JANUARI 2009 Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

7.30 pagi:
Pendaftaran Peserta Kongres Ekonomi Islam Ketiga &
Pendaftaran Tetamu Majlis Perasmian Pembukaan.

9.00 pagi:
Tetamu Majlis mengambil tempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

9.30 pagi:
Majlis Perasmian Pembukaan dan Ucap Utama Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)

Disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak , Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Ucap Utama:

MENGGERAK POTENSI DAN MEMPERKASA EKONOMI UMMAH: STRATEGI KE ARAH PEMBANGUNAN UMMAH YANG GEMILANG.

Gimik Pelancaran KEI-3

Sidang Media

11.00 pagi:
Taklimat KEI-3

11.15 pagi:
Pembentangan "Status Paper":

- Kedudukan Semasa Ekonomi & Sosial Umat Islam di Malaysia

- Kedudukan Semasa Kewangan Umat Islam di Malaysia

- Kedudukan Semasa Ekonomi & Sosial Umat Islam di ASEAN


3.00 petang:
TAJUK 1 –
PENEROKAAN BIDANG EKONOMI YANG STRATEGIK: SATU PENDEKATAN KE ARAH PEMERKASAAN EKONOMI UMMAH.

5.30 petang:
Bersurai

**********************************************************

HARI KEDUA – SELASA
16 MUHARRAM 1430H / 13 JANUARI 2009
Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

8.30 pagi:
TAJUK 2 –
MEMPERKASA EKONOMI UMMAH MELALUI PEMANTAPAN JARINGAN TEMPATAN DAN PENEROKAAN BERKESAN DALAM PASARAN GLOBAL: PERSIAPAN MENDEPANI CABARAN BARU EKONOMI DUNIA.

11.00 pagi:
TAJUK 3-
PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM MENINGKATKAN PEMILIKAN KEKAYAAN UMMAH: SATU GAGASAN DAN CABARAN PELAKSANAAN.

2.30 petang:
TAJUK 4 –
PERANAN AGENSI AWAM DAN GLC DALAM MEWUJUDKAN DAN MEMPERKASA USAHAWAN BARU YANG KOMPETEN DAN BERDAYA SAING : SUATU GAGASAN DAN CABARAN MASA DEPAN.

4.30 petang:
Bersurai

**********************************************************

HARI KETIGA – RABU
17 MUHARRAM 1430H / 14 JANUARI 2009
Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

8.30 pagi:
TAJUK 5 –
KEUPAYAAN INSTITUSI PEMBIAYA INDUSTRI SEDERHANA, KECIL DAN MIKRO DALAM MELAHIRKAN DAN MEMPERKASA USAHAWAN KECIL YANG BERDAYA MAJU: KE ARAH SUATU PENDEKATAN BARU YANG LEBIH BERKESAN.

11.00 pagi:
TAJUK 6 –
PENDEKATAN MENGOPTIMUMKAN PROSES PENGKOMERSILAN HASIL PENYELIDIKAN DI INSTITUSI PENYELIDIKAN DAN IPT : STRATEGI MEMASYARAKATKAN PENYERTAAN UMMAH DALAM KEGIATAN EKONOMI YANG BERDAYA SAING.

2.30 petang:
TAJUK 7 –
MEMPERKASA INSTITUSI PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PENGGEMBLENGAN DANA UMMAH: STRATEGI PEMANTAPAN KEGIATAN EKONOMI UMMAH YANG LESTARI.

5.00 petang:
Bersurai

***********************************************************

HARI KEEMPAT – KHAMIS
18 MUHARRAM 1430H / 15 JANUARI 2009
Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

8.30 pagi:
TAJUK 8
MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI KALANGAN GENERASI BARU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL DAN PENGAJIAN AGAMA: GAGASAN DAN CABARAN MEREALISASIKANNYA.

11.00 pagi:
TAJUK 9 –
PERANAN MEDIA MASSA DALAM MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN UMMAH: GAGASAN DAN CABARAN MEREALISASIKANNYA.

12.30 tengahari:
PEMBENTANGAN RESOLUSI

3.00 petang:
Majlis Perasmian Penutup KEI-3

5.30 petang:
Bersurai

Aturcara KEI-3 (Majlis Perasmian Pembukaan)

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
KONGRES EKONOMI ISLAM KETIGA (KEI-3)
Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

15 MUHARRAM 1430H / 12 JANUARI 2009 (HARI PERTAMA – ISNIN)

7.30 pagi:
Pendaftaran Peserta KEI-3
Pendaftaran Tetamu Majlis Perasmian Pembukaan

9.00 pagi:
Ketibaan Tetamu-Tetamu Kehormat

9.15 pagi:
Ketibaan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

9.20 pagi:
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri

9.30 pagi:
Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Tayangan Multimedia KEI-3

Ucapan Aluan
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Majlis Perasmian Pembukaan dan Ucap Utama Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)

Disempurnakan oleh
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Ucap Utama:

MENGGERAK POTENSI DAN MEMPERKASA EKONOMI UMMAH:
STRATEGI KE ARAH PEMBANGUNAN UMMAH YANG GEMILANG.

Gimik Pelancaran KEI-3

11.00 pagi:
Sidang Media

Aturcara KEI-3 (Majlis Penutupan)

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
KONGRES EKONOMI ISLAM KETIGA (KEI-3)
Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

18 MUHARRAM 1430H / 15 JANUARI 2009 (HARI KEEMPAT – KHAMIS)

3.00 petang:
Pendaftaran Tetamu Majlis Perasmian Penutup

3.15 petang:
Ketibaan YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri / Tetamu Kehormat

3.30 petang:
Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Tayangan Multimedia KEI-3

Ucapan Aluan
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Ucapan Perasmian Penutup KEI-3 Oleh :
Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Penyerahan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga

5.00 petang:
Sidang Media

Nov 27, 2008

Tajuk Pembentangan KEI-3

Ucap Utama
MENGGERAK POTENSI DAN MEMPERKASA EKONOMI UMMAH: STRATEGI KE ARAH PEMBANGUNAN UMMAH YANG GEMILANG.

Disampaikan oleh: YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, TPM Malaysia

Tajuk 1
PENEROKAAN BIDANG EKONOMI YANG STRATEGIK : SATU PENDEKATAN KE ARAH PEMERKASAAN EKONOMI UMMAH.

Pembentang
YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hj. Hashim
YBhg. Prof Dr Aslam Haneef
YBhg. Prof. Dr. Jamal Othman
YBhg. Tuan Hj. Mohd Fadzli Mustapa (Moderator)
YBhg. Prof. Madya Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa (Rapporteur)

Tajuk 2
MEMPERKASA EKONOMI UMMAH MELALUI PEMANTAPAN JARINGAN TEMPATAN DAN PENEROKAAN BERKESAN DALAM PASARAN GLOBAL : PERSIAPAN MENDEPANI CABARAN BARU EKONOMI DUNIA.

Pembentang
YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin
YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Hassan Marican
YBhg. Tan Sri Dr Nordin Kardi
YBhg. Dato' Haji Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohamed Tahir
YBhg. Prof. Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok (Moderator)
YBhg. Dr. Rohana Kamarudin (Rapporteur)

Tajuk 3
PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM MENINGKATKAN PEMILIKAN KEKAYAAN UMMAH: SATU GAGASAN DAN CABARAN PELAKSANAAN.

Pembentang
YBhg. Dato' Zukri Samat
YBhg. Prof. Madya Dr. Zuriah Abdul Rahman
YBhg. Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera

YBhg Dato’ Ahmad Tajudin Abdul Rahman (Moderator)
YBhg Prof. Madya Dr. Ezani Mat Hassan (Rapporteur)

Tajuk 4
PERANAN AGENSI AWAM DAN GLC DALAM MEWUJUDKAN DAN MEMPERKASA USAHAWAN BARU YANG KOMPETEN DAN BERDAYA SAING: SUATU GAGASAN DAN CABARAN MASA DEPAN.

Pembentang
YBhg. Tan Sri Abdul Rahman Mamat
YBhg. Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir
YBhg. Datuk Nam Bin Marithinin
YBhg. Tan Sri Dato' Hamad Kama Piah Che Othman (Moderator)
YBhg. Prof. Madya Dr Ishak Ismail (Rapporteur )

Tajuk 5
KEUPAYAAN INSTITUSI PEMBIAYA INDUSTRI SEDERHANA, KECIL DAN MIKRO DALAM MELAHIR DAN MEMPERKASA USAHAWAN KECIL YANG BERDAYA MAJU: KE ARAH SUATU PENDEKATAN BARU YANG LEBIH BERKESAN.

Pembentang
YB. Datuk Saifuddin Abdullah
YBhg. Dato' Hafsah Hashim
YBhg. Prof. Madya Dr. Noor Azman Ali
YTH. Drs. Chandra Purnama
YBhg. Dato’ Dr. Ma'amor Osman (Moderator )
YBhg. Prof. Dr. Haslina Ibrahim (Rapporteur )

Tajuk 6
PENDEKATAN MENGOPTIMUMKAN PROSES PENGKORMERSILAN HASIL PENYELIDIKAN DI INSTITUSI PENYELIDIKAN DAN IPT: STRATEGI MEMASYARAKATKAN PENYERTAAN UMMAH DALAM KEGIATAN EKONOMI YANG BERDAYA SAING.

Pembentang
YB. Hj. Fadillah Bin Yusof
YBhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang
YBhg. Datuk Dr. Abd. Shukor Bin Abd. Rahman
YBhg. Sr. Dr. Mohd Mazlan Bin Che Mat
YBhg. Prof. Dr. Zainul Fadziruddin Bin Zainuddin
YBhg. Datuk Shahlan Ismail (Moderator)
YBhg. Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh (Rapporteur)

Tajuk 7
MEMPERKASA INSTITUSI PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PENGGEMBLINGAN DANA UMMAH: STRATEGI PEMANTAPAN KEGIATAN EKONOMI UMMAH YANG LESTARI.

Pembentang
YBhg. Dato' Azmi Abdullah
YBhg. Prof. Dr. Barjoyai Bardai

YBhg. Tuan Hj. Sidek Saniff
YB. Dato' Dr. Adnan Alias (Moderator)
YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman (Rapporteur)

Tajuk 8
MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI KALANGAN GENERASI BARU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL DAN PENGAJIAN AGAMA : GAGASAN DAN CABARAN MEREALISASIKANNYA.

Pembentang
YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Hj. Abdul Hamid Othman
YBhg. Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom
YBhg. Dato' Hj. Dusuki Bin Ahmad
YBhg. Dato' Dr. Siddiq Hj. Fadzil
Yth. Dr. Adiwarman Azwar Karim
YB. Dato' Zambry Abdul Kadir (Moderator )
YBhg. Tn. Hj. Wan Abdul Hamid Wan Teh (Rapporteur )

Tajuk 9
PERANAN MEDIA MASSA DALAM MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN UMMAH: GAGASAN DAN CABARAN MEREALISASIKANNYA.

Pembentang
YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
YBhg. Datuk Johan Bin Jaaffar
YBhg. Prof. Dato' Hj. Mohd Hamdan Hj. Adnan
YBhg. Prof. Dr. Ahmad Murad Bin Mohd Noor Merican (Moderator )
YBhg. Dato' Chamil Wariya (Rapporteur)

Kongres Ekonomi Islam Ketiga yang bertema; "Menggerak Potensi Dan Memperkasa Ekonomi Ummah" akan berlangsung pada 12-15 Januari 2009 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC).

Kertas Kerja Iringan

Pihak Sekretariat KEI-3 memohon penyertaan ahli akademik, professional, pelajar serta orang ramai untuk menghasilkan kertas kerja iringan berdasarkan tajuk-tajuk pembentangan KEI-3. Kertas kerja iringan tersebut bolehlah dihantar ke email : kei3@yapeim.net.my

Maklumat lanjut kertas kerja iringan KEI-3 sila Klik

Hubungi Kami

Sekretariat Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)
Talian: 03-2273 8005
Faks: 03-2273 2593
Email: kei3@yapeim.net.my
Laman Web: www.yapeim.net.my

Taqwim

Pelawat

Terkini

Terkini
Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk, 19/11/2008 bertempat di Dewan Syura, Bangunan JAKIM, Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli akademi, politik dan professional.
Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates